TODAY A READER TOMORROW A LEADER

TODAY A READER TOMORROW A LEADER

Monday, February 4, 2013

PAMERAN BERTEMA SENI WARISAN KRAF TRADISIONAL

PENDAHULUAN

Malaysia bertuah memiliki hasil alam yang dapat menyumbang kepada pendapatan dan ekonomi rakyat tempatan. Bidang hasil rimba seperti bahan daripada kayu, buluh, rotan, mengkuang, pandan, bemban, tempurung kelapa dan daun serdang gigih diusahakan oleh usahawan kraf tempatan untuk produk kraftangan. Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM), mentakrifkan kraftangan ialah kerja penghasilan peralatan berguna atau hiasan dengan menggunakan tangan sepenuhnya atau perkakas ringkas sahaja. Hasil kraftangan telah bermula sejak dahulu lagi dan diperturunkan kepada generasi ke generasi dan menjadi satu kemahiran sesuatu kaum atau bangsa.

MATLAMAT

Memperkenalkan hasil seni warisan tradisional tinggalan nenek moyang kepada generasi baru.

OBJEKTIF

1.      Menerapkan nilai patriotisme dan semangat cintakan seni warisan dalam diri murid-murid.
2.      Meningkatkan kefahaman murid-murid tentang seni dan hasil kraftangan.
3.      Menyemai budaya membaca dalam diri murid-murid.

TEMPAT
Pusat Sumber SKBBS2

TARIKH DAN MASA
TARIKH         :           Sepanjang Bulan Februari
MASA            :           Sepanjang Waktu Persekolahan

ANJURAN BERSAMA: Panitia Bahasa Melayu/Pendidikan Seni Visual







ANTARA BAHAN DAN MAKLUMAT YANG DIPAMERKAN





HASIL KERJA MURID

No comments:

Post a Comment