TODAY A READER TOMORROW A LEADER

TODAY A READER TOMORROW A LEADER

Monday, February 2, 2015

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM DALAM ICT BERSAMA VLE FROG

Majlis pelancaran pembitaraan program NILAM dalam ICT bersama VLE FROG merupakan kolaborasi dan projek inovasi pada tahun 2015 dan telah dirasmikan oleh Guru Besar, En.Rosman bin Mansoor  pada hari Isnin, 2 Februari 2015 bertempat di Dewan Lestari SKBBS2.














WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS

Watikah perlantikan Pengawas Pusat Sumber dan Pengawas Disiplin Sekolah telah diadakan pada 26 Januari 2015 iaitu pada hari Isnin di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Selayang (2). Seramai 39 orang Pengawas Pusat Sumber yang telah dilantik.







Friday, February 14, 2014

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS PSS 2014

Pada 14 Februari 2014 iaitu hari Jumaat, seramai 38 orang Pengawas Pusat Sumber Sekolah yang menyertai Kem Kepimpinan Pengawas Pusat Sumber yang telah diadakan di Makmal Komputer dan Pusat Sumber SKBBS2.

Kem Kepimpinan Pengawas Pusat Sumber Sekolah 2014 diadakan pada setiap tahun adalah bertujuan untuk membentuk sahsiah dan keperibadian yang tinggi dalam diri murid-murid. Kem ini juga adalah untuk memantapkan semangat kepimpinan dalam diri murid-murid. Pengawas PSS juga didedahkan dengan tugas dan tanggungjawab mereka dalam menjalankan amanah yang diberi dengan rasa penuh tanggungjawab


MATLAMAT
Membentuk nilai-nilai jati diri dan semangat kepimpinan dalam diri murid-murid terutama para Pengawas Pusat Sumber Sekolah.

OBJEKTIF
1.     Membentuk sahsiah unggul dalam diri murid-murid.
2.     Memantapkan semangat kepimpinan dalam diri.
3.     Membentuk nilai-nilai jati diri dalam diri murid-murid.
- -     Mengetahui fungsi sebenar tugas pengawas PSS.













Monday, January 27, 2014

PELANCARAN NILAM

Pada 27 Januari 2014 iaitu hari Isnin Majlis Pelancaran NILAM telah diadakan di SKBBS2.


















Tuesday, January 21, 2014

WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS PSS

PENDAHULUAN
Majlis Watikah Perlantikan Pengawas diadakan adalah bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada semua pengawas yang dilantik dan secara tidak langsung untuk memberi motivasi kepada murid-murid lain agar dapat mencontohi keterampilan dan semangat kepimpinan dalam diri pengawas-pengawas sekolah.

MATLAMAT
       1.  Memberi pengiktirafan kepada pengawas yang dilantik pada sesi 2014.
       2.  Memperkenalkan barisan pengawas-pengawas pusat sumber sesi 2014 kepada                       warga sekolah.

OBJEKTIF
1.   Meningkatkan tahap motivasi murid yang terpilih agar dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab sewajarnya.
2.   Menggalakkan atau memberi motivasi kepada murid-murid lain agar mencontohi murid-murid yang terpilih.

TEMA
“Kepimpinan Berwibawa Pemangkin Generasi Cemerlang”

TEMPAT
Tapak Perhimpunan Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Selayang (2)

TARIKH DAN MASA
Tarikh   :           20 Januari 2013 (Isnin)

Masa    :           7.40 pagi hingga 8.10 pagi





Saturday, January 18, 2014

PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 2014

Selama 2 minggu program transisi tahun1 2014 telah diadakan. Pelbagai program menarik diadakan untuk mendekati si cilik tahun 1.


KEM BESTARI SOLAT BIL.1

Kem Bestari Solat telah diadakan pada 11 Januari 2014 iaitu pada hari Sabtu. Semua murid dari tahun 1 hingga tahun 5 yang menyertai Kem Bestari Solat di SKBBS2. Murid-murid telah diajar cara mengambil wuduk,doa selepas mengambil wuduk,cara solat,niat solat yang betul,azan dan banyak lagi yang bermanfaat dan ilmu yang berguna untuk murid-murid.